Ahmad Bashah Janji Teruskan Projek Dirancang Mukhriz

Diterbitkan: Khamis, 4 Februari 2016 3:33 PM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah yang baharu, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah berjanji akan meneruskan projek-projek pembangunan yang telah dan sedang dirancang Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir sebelum ini, selagi mana ia memberi kebaikan kepada rakyat.

Beliau berkata tiada sebab untuk projek-projek pembangunan yang bermanfaat disekat memandangkan ia adalah untuk kepentingan negeri dan rakyat Kedah sendiri.

"Daripada mana kepimpinan sekali pun kita ambil, selagi perancangan pembangunan tersebut baik, kita akan teruskan. Kadang-kadang kepimpinan bukan daripada Barisan Nasional (BN) pun kita teruskan, inikan pula (perancangan) Datuk Seri Mukhriz yang merupakan ADUN BN," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menghadiri Istiadat Penganugerahan Bintang dan Darjah Kebesaran sempena hari Keputeraan Sultan Kedah ke-88 di Istana Anak Bukit pada Khamis.

Sebelum itu, Ahmad Bashah mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kedah ke-12 di hadapan anggota Jemaah Pemangku Sultan Kedah yang dipengerusikan Tan Sri Tunku Sallehuddin Sultan Badlishah.

Mukhriz semalam mengumumkan peletakan jawatan beliau sebagai Menteri Besar Kedah berkuat kuasa serta-merta susulan kehilangan sokongan majoriti di Dewan Undangan Negeri.

Tags / Kata Kunci: Kedah

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan