Ahmad Bashah Angkat Sumpah MB Kedah Jam 10 Pagi Hari Ini

Diterbitkan: Khamis, 4 Februari 2016 7:10 AM

Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah sah dilantik sebagai Menteri Besar Kedah yang baharu berikutan peletakan jawatan Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir pada Rabu.

Pengumuman itu dibuat oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Bakar Din dalam satu sidang media di Wisma Darulaman, kira-kira pukul 11.10 pagi Rabu.

Sidang media itu dibuat sejurus selepas Mukhriz selesai mengadakan sidang media mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Menteri Besar Kedah berkuatkuasa serta-merta.

"Adalah dimaklumkan bahawa Datuk Seri Mukhriz telah meletak jawatan sebagai Menteri Besar Kedah berkuatkuasa pada 3 Februari 2016.

"Berikutan peletakan jawatan Datuk Seri Mukhriz, Jemaah Pemangku Sultan Kedah telah memperkenan Datuk Ahmad Bashah, Adun Bakar Bata dilantik sebagai Menteri Besar Kedah berkuatkuasa 4 Februari 2016," katanya pada sidang media.

Menurut beliau, majlis pelantikan Menteri Besar Kedah yang baharu akan diadakan pada 4 Februari 2016 (Khamis) pada jam 10 pagi di Istana Anak Bukit, Alor Setar.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan