Ramai Rakan Kamal Hashim Hadir Beri Penghormatan Terakhir

Diterbitkan: Rabu, 3 Februari 2016 12:40 PM

Pengerusi Star Media Group Datuk Fu Ah Kiow (kiri) serta Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Seri Wong Chun Wai (tengah) berkatakan sesuatu kepada Puan Sri Su Akil ketika hadir memberi penghormatan terakhir kepada bekas Pengarah Eksekutif Star Media Group Bhd Tan Sri Kamal Hashim di kediamannya di Minden Heights, Rabu. -fotoTHESTAR

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Pengarah Eksekutif Star Media Group Bhd, Tan Sri Kamal Hashim yang meninggal dunia lewat petang semalam diberikan penghormatan terakhir oleh rakan-rakan yang hadir di kediamannya di Minden Heights di sini pada Rabu.

Antaranya ialah Yang Di-Pertua Negeri, Tun Abdul Rahman Abbas, bekas Perdana Menteri yang juga sahabat baik Allahyarham, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.

Pengerusi Star Media Group, Datuk Fu Ah Kiow serta Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Wong Chun Wai turut hadir bagi memberi penghormatan terakhir mereka.

Allahyarham adalah anggota lembaga pengarah The Star yang paling lama berkhidmat iaitu sejak syarikat media ini ditubuhkan di Pulau Pinang.

Ahli keluarga Kamal kemudian berkumpul di Masjid Al-Takwa di Taman Tun Sardon untuk menyembahyangkan jenazah Allahyarham.

Jenazah Kamal kemudian dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Perak di sini. Beliau adalah anak jati Pulau Pinang. 

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan