Kepimpinan Bukan Hanya Kerana Jawatan - Rafidah

Diterbitkan: Rabu, 3 Februari 2016 11:37 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Menjadi pemimpin bukan untuk menjatuhkan orang lain kerana sikap kepimpinan tidak ada kaitan dengan jawatan, kedudukan atau pangkat, kata Tan Sri Rafidah Aziz.

Bekas Menteri Kabinet itu mengulas mengenai 'Kemelut Kedah' di laman Facebook miliknya pada Rabu yang menjelaskan kepimpinan adalah berkaitan dengan kualiti individu dan bagaimana seseorang itu mengetuai, melaksanakan, membuat keputusan dan mentadbir.

"Ia berkaitan dengan kualiti yang membuatkan kita memandang mereka dan kepercayaan kita bersama mereka," katanya.

Malahan, beliau juga bimbang jika ada banyak masalah yang tidak dapat diselesaikan.

"Pelbagai perkara timbul di sekeliling kita, lepas satu, timbul lagi satu masalah yang tidak boleh diselesaikan dan diikuti dengan beberapa lagi.

"Ia seolah-olah seperti tangan, kaki  dan jari terlekat terkena gam yang sukar dibersihkan, perasaan seperti terperangkap di dalam sebuah lubang," jelasnya.

Beliau berkata, krisis politik Kedah mencerminkan "budaya politik yang berkepentingan diri sendiri dan menjatuhkan orang lain untuk merebut apa sahaja kedudukan yang menjadi perhatian".

"Ia budaya memecahbelah bukannya menyatukan untuk kebaikan bersama," katanya, sambil menambah bahawa ia boleh dianggap sebagai tamak.

Beliau menegaskan bahawa negara akan menjadi lebih baik jika semua pihak bekerja sebagai satu pasukan, melengkapi antara satu sama lain untuk kekuatan kolektif untuk manfaat bersama.

"Harapkan yang terbaik dan ia dapat diselesaikan kerana negara ini tidak mahu lebih banyak tipu helah," jelasnya.

Tags / Kata Kunci: Tan Sri Rafidah Aziz

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan