Jenazah Pengarah Eksekutif Kumpulan Media Star Kamal Hashim Selamat Dikebumi

Diterbitkan: Rabu, 3 Februari 2016 5:22 PM

Balu Allahyarham, Su Hashim menabur bunga di atas pusara arwah suaminya.

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Jenazah Pengarah Eksekutif Kumpulan Media Star Media, Allahyarham Tan Sri Kamal Mohamed Hashim Che Din, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Perak, pada Rabu.  

Allahyarham yang juga Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Budi Penyayang Malaysia meninggal dunia pada usia 77 tahun pada pukul 7.45 malam Selasa di Hospital Gleneagles, di sini akibat kegagalan fungsi organ dalaman.   

Terdahulu, jenazah Allahyarham disembahyangkan di Masjid Al Taqwa Taman Tun Sardon, di sini sebelum dikebumikan pada pukul 11.45 pagi.   

Antara yang hadir memberi penghormatan terakhir ialah Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas; mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan mantan Ketua Menteri Pulau Pinang, Tan Sri Koh Tsu Koon. 

Allahyarham meninggalkan seorang balu Puan Sri Su Hashim, tiga anak perempuan dan sembilan cucu.    

Tun Abdullah yang ditemui selepas majlis pengebumian itu menyifatkan pemergian Allahyarham sebagai satu kehilangan besar kepada industri media dan sektor korporat.  

Beliau yang juga teman baik Allahyarham dan mengenalinya sejak 30 tahun lepas menyifatkan kehilangannya sebagai sesuatu yang sukar dicari ganti.   

"Allahyarham adalah rakan baik saya sejak kami muda dan beliau seorang rakan yang sangat suka membantu.

Allahyarham sanggup melebihkan rakan-rakannya berbanding dirinya sendiri. Pemergiannya sudah tentu amat dirasai," katanya.     

Sementara itu, balu Allahyarham, Su, 80, berkata suaminya diserang strok pada September lepas dan sejak itu sering mendapatkan rawatan di hospital ekoran masalah kesihatan.   

Katanya Allahyarham dibawa ke hospital pada Selasa lepas berikutan kesihatan yang semakin teruk dan terpaksa dimasukkan ke wad untuk rawatan serta pemantauan rapi doktor.   

"Allahyarham langsung tidak menunjukkan sebarang tanda yang pelik sebelum meninggal dunia. Bagi saya, Allahyarham adalah seorang suami dan bapa yang sangat penyayang dan kami sekeluarga reda dengan pemergiannya," katanya.-Bernama

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan