Daftar 4 Juta Pekerja Asing Tanpa Izin, Kembalikan Kadar Levi - MEF

Diterbitkan: Rabu, 3 Februari 2016 12:22 PM

Shamsuddin Bardan

Shamsuddin Bardan.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kerajaan dicadangkan supaya supaya mendaftar empat juta pekerja asing tanpa izin di negara ini sebagai alternatif kepada keputusan menaikkan kadar levi secara mendadak.

Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF), Datuk Shamsuddin Bardan berkata, pihaknya bersama 54 lagi persatuan kekal dengan pendirian untuk membantah kenaikan levi pekerja asing sehingga RM2,500.

Tambahnya, kerajaan digesa mengembalikan kadar levi kepada asal supaya tidak membebankan majikan-majikan yang menggaji 2.1 juta pekerja asing di negara ini.

“Dianggarkan kira-kira empat juta pekerja asing tanpa izin di negara ini. Kerajaan sepatutnya menjadikan mereka sebagai pekerja yang sah, berbanding menaikkan kadar levi kepada pekerja asing sedia ada.

“Jika levi dikenakan RM1,250 secara purata kepada seorang pekerja, kerajaan boleh menerima kutipan sebanyak RM5 bilion, dan jumlah ini adalah tambahan RM2.5 bilion, jauh lebih tinggi daripada apa yang kerajaan sasarkan,” katanya kepada mStar Online.

Kerajaan pada Ahad lalu mengumumkan levi pekerja asing dinaikkan sehingga dua kali ganda kepada RM2,500, berkuat kuasa 1 Februari.

Dilaporkan, kajian semula terhadap kadar levi itu akan memberi pendapatan tambahan RM2.5 bilion kepada kerajaan.

Shamsuddin berkata, mendaftar pekerja asing tanpa izin secara sah merupakan antara kandungan memorandum menerusi kata sepakat yang dicapai oleh 54 persatuan.

Ditanya bilakah mengenai memorandum tersebut akan diserahkan kepada kerajaan, beliau berkata, ‘gabungan persatuan’ sedang mencari waktu terdekat dan bersesuaian.

Beliau menambah, mereka turut mahu mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak atau Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bagi menyelesaikan masalah berkenaan.

“Mungkin kita akan serahkan memorandum seawal-awalnya selepas Tahun Baharu Cina nanti. Apa yang pasti kita akan mengusulkan cadangan ini kepada Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri, terutama bantahan terhadap kenaikan levi. Kita akan berbincang dengan mereka.

“Kita menyifatkan kenaikan levi ini adalah tidak munasabah, yang akan membebankan majikan. Jika kerajaan masih kekal dengan keputusan itu, ia secara tidak langsung akan menjejaskan ekonomi negara,” ujar Shamsuddin.

Tags / Kata Kunci: levi , pekerja asing , Shamsuddin Bardan , MEF

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan