Duta Besar Malaysia Ke Switzerland Mohd Zulkephli Meninggal Dunia

Diterbitkan: Rabu, 3 Februari 2016 9:06 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Duta Besar Malaysia ke Switzerland Datuk Mohd Zulkephli Mohd Noor meninggal dunia di Berne, Switzerland pada Rabu, demikian menurut Wisma Putra.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Wisma Putra pada Rabu, Mohd Zulkephli, 57,meninggal dunia pada 6.38 pagi waktu tempatan.

Allahyarham meninggalkan isteri, Datin Anna Amalina Imam Baweh dan lima orang anak.

"Kedutaan Besar Malaysia di Berne dengan bantuan Perwakilan Tetap Malaysia di Geneva sedang dalam proses menguruskan jenazah Allahyarham untuk dibawa pulang ke Malaysia," menurut Wisma Putra.

Mohd Zulkephli mula berkhidmat dalam perkhidmatan awam sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik sejak 1984.

Sebelum dilantik sebagai Duta Besar Malaysia ke Switzerland, beliau pernah berkhidmat sebagai Duta Besar Malaysia ke Turkmenistan pada Julai 2012.

Mohd Zulkephli juga pernah memegang jawatan sebagai Duta Besar Malaysia ke Libya dari 2009 hingga 2011 dan terlibat secara langsung dalam operasi membawa keluar rakyat Malaysia dari Libya.

Selain itu, Allahyarham pernah bertugas di beberapa perwakilan Malaysiaseperti Konsulat Jeneral Malaysia di Los Angeles dan Perwakilan Tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa Bersatu di Geneva.

"Beliau adalah seorang pegawai berdedikasi dan komited dalam setiap tugas sepanjang perkhidmatan yang cemerlang di Kementerian Luar.

"Segala jasa dan khidmat yang ditaburkan Allahyarham demi agama, bangsa dan negara sepanjang 32 tahun akan sentiasa dikenang," menurut Wisma Putra. -Bernama

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan