Bekas Speaker DUN Perak Meninggal Dunia - Berita Semasa | mStar

Bekas Speaker DUN Perak Meninggal Dunia

Diterbitkan: Rabu, 3 Februari 2016 2:45 PM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak Datuk Seri Junus Wahid meninggal dunia di sebuah hospital swasta di sini hari ini akibat kanser prostat.

Perkara itu disahkan Anggota Dewan Undangan Negeri Slim Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib ketika dihubungi.

Katanya Allahyarham menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 10 pagi pada usia 72 tahun di sisi isteri, Datin Seri Insah Daharun, 68, dan dua anak perempuannya.

Beliau berkata jenazah Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia di sini selepas solat Asar.

Selain menjawat jawatan speaker DUN Perak bagi tempoh 1999 hingga 2004 semasa pentabiran Menteri Besar Tan Sri Ramli Ngah Talib, Allahyarham Junus juga pernah menjadi Ketua UMNO bahagian Tanjung Malim.

Tags / Kata Kunci: Speaker Perak
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan