Ahmad Bashah Boleh Kekal Jawatan Senator - Azalina

Diterbitkan: Rabu, 3 Februari 2016 9:38 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bakal Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah mempunyai pilihan sama ada mahu kekal atau melepaskan jawatan sebagai Senator, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said.

Beliau berkata Perlembagaan Persekutuan tidak menyebut atau melarang mana-mana Anggota Dewan Negara untuk memegang jawatan sebagai Menteri Besar.

"Bagaimanapun saya percaya Ahmad Bashah akan membuat pilihan yang terbaik untuk kesejahteraan dan kesinambungan kepimpinan negeri Kedah," katanya dalam kenyataan di sini pada Rabu.  

Beliau berkata demikian bagi mengulas kedudukan Ahmad Bashah sebagai Anggota Dewan Negara selepas Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bakar Bata itu dinamakan sebagai Menteri Besar Kedah yang baharu.

Ahmad Bashah akan mengangkat sumpah jawatan sebagai Menteri Besar pada Khamis bagi menggantikan Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir yang meletak jawatan itu hari ini.

Ahmad Bashah dalam sidang media berkata beliau meletakkan jawatan sebagai Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan serta Anggota Dewan Negara berkuat kuasa pada Rabu.

Beliau berkata surat peletakan jawatan sebagai timbalan menteri itu telah diserahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, manakala surat peletakan jawatan sebagai senator telah diserahkan kepada Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang.

Ahmad Bashah dilantik sebagai senator oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah untuk tempoh tiga tahun bermula 15 Mei 2013, dan tempoh tersebut dijangka berakhir pada 14 Mei depan.

Sehari selepas itu, beliau dilantik sebagai Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan pada tahun sama.

Pada Pilihan Raya Umum ke-13 yang lepas, Ahmad Bashah mengekalkan kerusi DUN Bakar Bata (dahulu Alor Merah) untuk penggal kelima. Beliau yang menyandang kerusi itu sejak Pilihan Raya Umum 1995, telah menewaskan calon PKR, Mohd Eekmal Ahmad dan calon Parti Bersatu Sasa (Bersama), Jawahae Raja Abdul Wahid dengan majoriti 895 undi pada Pilihan Raya Umum 2013. -Bernama

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan