Ahmad Zahid Harap Mukhriz Tabah Dan Istiqamah

Diterbitkan: Rabu, 3 Februari 2016 6:51 PM

Ahmad Zahid (kanan) bersama Mukhriz selepas menghadiri mesyuarat Umno Kedah dalam November lalu.

(Ubah saiz teks)

BEIJING: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meminta bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir agar terus tabah dan istiqamah dalam perjuangan parti.

Beliau turut menyeru rakyat Kedah daripada semua kumpulan termasuk parti politik yang berbeza agar terus memandang ke hadapan untuk kebaikan dan kemajuan negeri Kedah.

"Saya harap Mukhriz agar melakukan muhasabah diri kerana saya juga pernah alami keadaan yang sama pada tahun 1998. Oleh kerana saya turut istiqamah, saya berada dalam kepimpinan negara sekarang ini," katanya.

Beliau berkata demikian kepada wartawan Malaysia di sini pada Rabu bagi mengulas pelantikan anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Bakar Bata, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah sebagai Menteri Besar Kedah baharu yang diperkenan Jemaah Pemangku Sultan Kedah.

"Saya fikir jangan terdorong pada apa yang dilakukan pihak pembangkang. Saya turut ditawarkan pihak pembangkang apabila saya alami kemelut yang sama pada 1998. Itulah saya menyeru istiqamah berhubung pendirian kita.

"Sebagai seorang ahli politik ...kita perlu mengutamakan perpaduan parti dan juga kestabilan politik demi kepentingan negara pada keseluruhannya," tegasnya.

Ahmad Zahid meminta semua kepimpinan parti kepimpinan peringkat negeri, bahagian dan cawangan di Kedah agar melupakan permasalahan politik yang timbul selama ini.

"Kita tahu bahawa apabila sesuatu berlaku pada diri kita, itu bukan bererti berakhirnya kerjaya politik kita. Kalau ikut hukum akal pada 1998 saya tidak mempunyai masa depan langsung, tetapi tahun 2004 saya terus diberikan kepercayaan sebagai Ahli Parlimen dalam Pilihan Raya Umum ke-12.

Perdana Menteri ketika itu (Tun Abdullah Ahmad Badawi) beri peluang kepada saya sebagai Timbalan Menteri Pelancongan. Hanya selepas 11 tahun kemudian, saya dalam kedudukan sekarang.

"Jadi kita tidak harus membuat keputusan ketika sedang sedih atau marah, itu keputusan yang dipengaruhi emosi. Tetapi (jika) kita bertenang dan menerimanya sebagai qada dan qadar, Insya-Allah ada hikmah kepada apa yang berlaku kepada diri kita," katanya.

Ahmad Zahid berkata sebagai orang politik, mereka harus tahu apabila tiba masanya jawatan yang dipegang diberikan kepada orang lain, ertinya mereka tidak boleh menuding jari kepada mana-mana pihak dan harus menerimanya sebagai hakikat politik.Bernama

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan