16 Penceramah Dilarang Berceramah Di Johor

Diterbitkan: Rabu, 3 Februari 2016 11:04 AM

Abd Mutalip Abd Rahim

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Kerajaan Johor melarang 16 penceramah bebas yang didakwa tidak sealiran dengan Ahli Sunnah Wal-Jamaah untuk berceramah atau mengajar agama Islam di negeri ini, berkuat kuasa 31 Disember lepas.

Pengerusi Jawatankuasa Agama Johor, Abd Mutalip Abd Rahim berkata, selain 16 penceramah bebas itu, akan menyusul beberapa nama lain yang bakal dikenakan tindakan sama.

"Larangan tersebut dibuat berlandaskan Undang-Undang Tubuh Negeri Johor dan enakmen sedia ada bagi menjaga kesucian agama Islam.

"Kita bukan mengambil tindakan tersebut sesuka hati tetapi ia dilakukan bersebab, malah penceramah dari Johor sekali pun kalau ada yang berbuat seperti itu, kita juga tetap ambil tindakan," katanya ketika dihubungi, Selasa.

Abd Mutalip mengulas mengenai satu dokumen yang tersebar di laman sosial yang mengandungi senarai 16 penceramah bebas yang dilarang berceramah atau mengajar agama Islam di Johor.

Menurut dokumen itu, terdapat sebilangan penceramah yang datang dari luar Johor untuk berceramah atau mengajar agama Islam di masjid, surau atau di tempat awam lain, yang boleh menimbulkan kekeliruan dan membibitkan perpecahan masyarakat khususnya umat Islam.

Antara penceramah yang tersenarai dalam dokumen itu adalah Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin, dan Exco Pemuda UMNO Dr Fathul Bari Mat Jahaya.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan