Video 'Pengacau Raya Cina' BSN Jadi Viral

Diterbitkan: Selasa, 2 Februari 2016 8:02 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Video ‘Pengacau Raya’ yang menjadi viral tahun lalu kembali menarik perhatian ramai dengan kemunculan video terbaharu sempena sambutan Tahun Baharu Cina dan kali ini ia diberi judul 'Pengacau Raya Cina'.

Dibawakan oleh Bank Simpanan Nasional (BSN), video ini merupakan filem pendek yang mengisahkan pasangan bahagia yang baharu melangsungkan perkahwinan, Aloysius dan Zaitun yang berlainan budaya.

Walaupun baharu sahaja dimuat naik pada Jumaat lalu di media sosial, video tersebut menjadi bualan netizen apabila mencatatkan dua juta tontonan (view) dan dikongsi 36,000 kali di Facebook sahaja, dengan hampir 2,000 komen. 

Menerusi video baharu, pasangan ini dipaparkan menyambut Tahun Baharu Cina bersama ibu bapa masing-masing di kampung halaman Zaitun.

Aloysius dan Zaitun yang semakin bahagia sedang menantikan kelahiran cahaya mata pertama. Jika video sebelum ini lebih kepada aksi lucu Aloysius atau nama manjanya, Aloy sebagai ‘Pengacau Raya’ tetapi kali ini kedua-dua bapa mereka pula mencuri tumpuan. 

Ia mengenai bapa Zaitun, Kolonel Bakar yang amat tegas orangnya dan bapa Aloysius, Cornelius seorang yang periang tetapi ‘kaki sibuk’. Pada awalnya hubungan mereka begitu tegang tetapi akhirnya menjadi rakan baik.

Rata-rata netizen memuji video tersebut kerana memaparkan kisah kehidupan mengenai amalan menghormati semua budaya dan bertoleransi antara satu sama lain.

Naib Presiden Kanan/Ketua Komunikasi Strategik BSN, Puspa Marina Omar berkata, kempen ‘Pengacau Raya’ tahun lalu adalah suatu kejayaan besar, dan menjadi salah satu iklan Raya yang paling banyak ditonton.

“Kita mahu meneruskan kisah ini sempena musim perayaan Tahun Baharu Cina dan jelas sekali rakyat Malaysia sememangnya menyukai kisah Aloy dan Zaitun.

“Filem pendek ini menyaksikan keindahan kepelbagaian budaya di Malaysia, mencerminkan kepelbagaian di BSN. Dibina daripada penjenamaan semula dan mencipta jenama yang kukuh di kalangan celik media sosial adalah penting bagi BSN.

“Kita mahu menjadi relevan kepada khalayak ini dan membina hubungan erat dengan kumpulan pelanggan ini. Kejayaan kempen media sosial ternyata memperlihatkan kita berada di landasan yang tepat,” ujar Puspa Marina.

Video sekuel ‘Pengacau Raya’ ini telah mengatasi video pertama dibuat sempena Hari Raya Aidilfitri tahun lepas yang menjadi pengenalan kepada watak dan jalan cerita.

Video pertama ditonton hampir dua juta kali dan dikongsikan 60,000 kali. Kempen ‘Pengacau Raya’ mendapat pengiktirafan di Anugerah Kecemerlangan Pemasaran 2015 dengan mengungguli pingat perak dalam kategori pengiklanan TV/video, dan pingat gangsa bagi kandungan pemasaran.

Tags / Kata Kunci: BSN , Pengacau Raya

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan