UniMara Mula Ambil Pelajar Jun Ini - Ismail Sabri

Diterbitkan: Selasa, 2 Februari 2016 8:30 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Universiti Majlis Amanah Rakyat (UniMara) akan memulakan pengambilan pelajar pada Jun tahun ini, kata Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

"Untuk permulaan, sebanyak 200 pelajar akan diambil untuk universiti yang diwujudkan di bawah program Transformasi Luar Bandar itu," katanya ketika berucap pada Majlis Solidariti Kegemilangan Mara Sabah di sini Isnin malam.

UniMara yang bakal beroperasi tahun ini dan khusus untuk memberi akses pendidikan tinggi kepada anak penduduk luar bandar, akan memfokuskan kepada beberapa bidang antaranya sektor perniagaan, korporat, awam, politik dan teknologi.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata Mara juga bakal mewujudkan banknya sendiri dan pihaknya akan berbincang dengan Bank Negara Malaysia mengenai penubuhan bank berkenaan.

"Kita belum memutuskan nama bank tersebut namun kita telah membuat persediaan dan perancangan mengenainya," katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menyeru agar Mara dan usahawan di Sabah saling berganding bahu mencari idea untuk menghasilkan satu anjakan paradigma bagi memperkasakan keusahawanan secara inovatif dan kreatif.

"Saya percaya sekiranya semua pihak bekerjasama, hasilnya cukup hebat dan mampu menjadikan Malaysia berada di persada antarabangsa dalam bidang keusahawanan," katanya.-- Bernama

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan