Laporan Akhir Audit 1MDB Tetap Akan Dibentang Feb - PAC

Diterbitkan: Selasa, 2 Februari 2016 2:01 PM

Hasan Arifin.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) menegaskan bahawa Jabatan Audit Negara (JAN) tetap akan membentangkan laporan akhir terhadap pengauditan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bulan ini.

Pengerusinya Datuk Hasan Arifin dengan itu mengkritik laporan sebuah portal berita pada Selasa yang mendakwa JAN gagal menepati tarikh pembentangan laporan akhir pengauditan itu yang dijadualkan bulan ini.

"Laporan tidak berasas dan tidak bertanggungjawab itu jelas bertujuan merosakkan reputasi dan kredibiliti PAC serta JAN yang sentiasa komited dalam melakukan pengauditan yang telus dan akauntabiliti terhadap 1MDB demi kepentingan rakyat.

"PAC menegaskan bahawa JAN akan tetap membentangkan Laporan Akhir Terhadap Pengauditan 1MDB pada Februari ini," katanya dalam satu kenyataan di sini, Selasa.

Hasan juga mahu semua pihak meyakini dan meletakkan kepercayaan terhadap jawatankuasa itu yang terdiri daripada pelbagai parti, termasuk pembangkang. 

"Tidak ada perkara yang harus dilindungi dan laporan PAC adalah berdasarkan kepada maklumat yang tepat dan benar," katanya. 

Dalam isu lain, Hasan berkata PAC kesal dengan tindakan pihak Peguam Negara Switzerland yang mengeluarkan kenyataan media berhubung isu 1MDB tanpa berurusan terus dengan kerajaan Malaysia.

Tegas beliau, tindakan mengeluarkan kenyataan akhbar boleh menimbulkan banyak spekulasi dan tidak berasaskan kepada fakta yang tepat.

Peguam Negara Switzerland Michael Lauber baru-baru ini membuat kenyataan mengenai siasatan 1MDB. - Bernama

Tags / Kata Kunci: Hasan Arifin , PAC , 1MDB

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan