Walau Apa Berlaku, Saya Akan Terus Berkhidmat Untuk Rakyat Kedah - Mukhriz

Diterbitkan: Selasa, 2 Februari 2016 12:05 AM

Datuk Seri Mukhriz Mahathir

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Ketika jawapan kepada kemelut Menteri Besar masih belum diketahui, Datuk Seri Mukhriz Mahathir telah berjanji untuk terus berkhidmat kepada rakyat Kedah dalam apa jua peranannya.

"Saya akan bersama anda selama mana anda perlukan saya. Dalam apa jua jawatan atau peranan, saya akan menjadi seorang pemimpin yang berintegriti tinggi untuk Kedah," katanya kepada ribuan orang yang hadir di Stadium Darul Aman ketika Kedah menentang Kelab Bola Sepak Sungai Ara, malam Isnin.

Beliau juga bercakap mengenai seruannya supaya cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dikurangkan kepada tiga peratus.

"Sama ada ia boleh dilakukan atau tidak, itu perkara lain- apa yang penting ialah saya memastikan suara rakyat didengari," katanya kepada orang ramai.

Berdiri di samping Mukhriz ialah Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar.

Turut hadir exco negeri dan Setiausaha Persatuan Bola Sepak Kedah Datuk Aminuddin Omar yang dalam ucapannya menggelarkan Mukhriz sebagai 'permata' dan menggesa rakyat Kedah untuk menyokong beliau.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan