Mesyuarat Exco Kedah Pada Rabu Ditangguh

Diterbitkan: Selasa, 2 Februari 2016 10:14 PM

Mukhriz Tun Mahathir

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Kedah yangsepatut diadakan pada Selasa, telah ditangguhkan.

Perkara itu disahkan oleh Setiausaha Akhbar Menteri Besar Mohd Fisol Jaafar tetapi beliau tidak mengulas lanjut atau menyatakan sebab mesyuarat itu ditangguhkan.

"Ditangguh," katanya ketika dihubungi menerusi Whatsapp Selasa malam.

Rabu lepas, mesyuarat Exco kerajaan negeri hanya dihadiri Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir dan tiga Exco iaitu Datuk Aminuddin Omar, Datuk Suraya Yaacob dan Datuk Norsabrina Mohd Noor.

Ketidakhadiran enam lagi Exco dipercayai ada kaitan dengan krisis politik di negeri ini yang membabitkan kedudukan Mukhriz.

Difahamkan, mesyuarat Exco memerlukan kehadiran sekurang-kurangnya empatorang Exco bagi mengesahkan perkara yang dibincangkan.

Baru-baru ini, para pemimpin Umno Kedah yang diketuai Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah secara terbuka menyuarakan hilang keyakinan terhadap kepimpinan Mukhriz sebagai menteri besardan pengerusi badan perhubungan Umno negeri. -Bernama

Tags / Kata Kunci: Mesyuarat Exco , Kedah

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan