Majikan Bantah Kenaikan Mendadak Kadar Levi

Diterbitkan: Selasa, 2 Februari 2016 8:55 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Syarikat di negara ini sudah pun dibebani dengan kemelesetan ekonomi dan tidak mampu untuk membayar levi pekerja asing yang meningkat secara mendadak.

Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) menyediakan satu memorandum mewakili semua anggotannya bagi membantah kenaikan itu yang disifatkan sebagai keputusan mengejut daripada kerajaan dalam menaikkan jumlah levi untuk pekerja asing.

"Kita turut meminta untuk mengadakan pertemuan dengan Timbalan Perdana Menteri bagi membincangkan tentang kebimbangan majikan," kata Pengarah Eksekutif MEF, Datuk Shamsuddin Bardan kepada The Star.

Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan kadar baharu itu pada Ahad lalu.

Levi pekerja asing bagi sektor pembuatan, perkhidmatan dan pembinaan meningkat sehingga dua kali ganda iaitu sehingga RM2,500, manakala sektor perladangan dan pertanian pula dinaikkan kepada RM1,500.

Ahmad Zahid berkata, kajian semula terhadap kadar levi itu akan memberi pendapatan tambahan RM2.5 bilion kepada kerajaan. 

Pengarah Eksekutif Persatuan Pengeluar-pengeluar PertanianTanah Melayu (Mapa), Mohamad Audong berkata, ia akan turut menyertai MEF dalam membantah keputusan itu.

Kadar baharu levi untuk pekerja asing dalam sektor perladangan adalah RM910 jauh lebih banyak berbanding sebelumnya RM590.

"Kadar baharu ini akan meningkatkan kos tambahan RM450 juta kepada ahli Mapa setiap tahun. Dengan harga komoditi pada tahap rendah, kadar levi baharu ini akan membuatkan ia lebih sukar buat ahli Mapa, termasuk kebanyakan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan untuk terus beroperasi.

"Perkara yang menyedihkan adalah tiada sebarang perbincangan dengan kami sebelum kadar baharu dikenakan," katanya.

Presiden Persatuan Kontraktor Binaan Malaysia (MBAM), Matthew Tee berkata, kontraktor turut meminta keputusan itu disemak semula.

Beliau berkata, banyak persatuan perniagaan lain terjejas dengan keputusan itu, dijadualkan untuk mengadakan pertemuan pada Selasa di pejabat Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian CinaMalaysia (ACCCIM) selepas satu sidang media akan diadakan.

Presiden Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM), Datuk Seri Saw Choo Boon berkata, mesyuarat itu akan memutuskan tindakan seterusnya yang akan diambil.

FMM menerusi kenyataan sebelum itu menegaskan menganggap kadar itu terlalu membebankan terutama ketika sektor pembuatan berhadapan situasi ekonomi mencabar dan peningkatan kos operasi.

"Keputusan kerajaan secara tiba-tiba untuk menaikkan kadar levi sektor pembuatan tidak dapat diterima kerana ia dibuat tanpa mengambil kira impak terhadap industri dan sosio ekonomi," katanya.

FMM turut meminta supaya kadar levi dikekalkan pada tahap sedia ada sehingga keadaan ekonomi semakin pulih. 

Pertubuhan itu menganggap kadar itu terlalu membebankan terutama ketika sektor pembuatan berhadapan situasi ekonomi mencabar dan peningkatan kos operasi.

Antara cabarannya termasuk kadar gaji minimum yang baharu, kos tenaga yang meningkat, kos bahan mentah dan pendapatan jualan yang menurun disebabkan nilai Ringgit yang lemah.

Presiden Kebangsaan SME Malaysia, Michael Kang berkata, daripada menaikkan kadar levi, adalah lebih baik sekiranya pekerja asing tidak berdaftar didaftarkan secara sah.

"Jika levi membawa pendapatan tambahan kepada negara, maka daftar semua pekerja asing tidak berdaftar.

"Pada masa ini, hanya dua juta pekerja asing berdaftar tetapi jika anda mendaftarkan mereka tidak berdaftar, pendapatan (kerajaan) adalah lebih banyak.

"Ini adalah lebih baik berbanding menaikkan kadar levi," kata Kang, sambil menambah bahawa urusan mendaftar pekerja asing tidak berdaftar perlu dilakukan oleh Kementerian Dalam Negeri dan bukan pihak luar yang dilantik.

Beliau berkata, persatuan itu juga akan membuat rayuan terhadap keputusan kerajaan.

Kang berkata, pekerja asing tidak akan mampu membayar levi kadar baharu itu kerana mereka turut menerima kesan kemelesetan ekonomi.

"Mereka akan meminta majikan untuk melakukannya," katanya.

Kang berkata, hampir 80 peratus daripada perusahaan kecil dan sederhana menyasarkan pasaran domestik, dan peningkatan kos akan memberi kesan kepada pelanggan.

Tags / Kata Kunci: levi , pekerja asing

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan