Tuduhan 16 Penceramah Kelirukan Umat Islam Adalah Fitnah - Mufti Perlis

Diterbitkan: Selasa, 2 Februari 2016 2:40 PM

Datuk Dr Asri Zainul Abidin.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Mufti Perlis, Datuk Dr Asri Zainul Abidin mengancam untuk menyaman mereka yang bertanggungjawab terhadap cadangan melarang beberapa ulama berceramah di Johor.

Dokumen yang disebarkan menerusi media sosial itu didakwa dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam Johor (Maij) kepada Istana Johor.

Ia mencadangkan 16 penceramah dilarang berceramah di negeri itu kerana didakwa boleh mengelirukan umat Islam.

Selain Asri, dokumen tersebut menamakan Exco Pemuda Umno, Fathul Bari Mat Jahya dan beberapa penceramah lain seperti Rasul Dahari, Fadhland Othman dan Dr Abu Anas Madani.

Cadangan tersebut menyenaraikan Asri bersama yang lain dilarang daripada berceramah di negeri itu kerana memburukkan institusi mufti dan memperlekehkan ulama yang bermazhab al-Shafie.

Asri ketika dihubungi menyifatkan tuduhan terhadap beliau sebagai "fitnah" dan mencabar mereka yang bertanggungjawab untuk membuktikan dakwaan itu.

"Saya fikir mereka perlu disaman. Malah, semua yang dinamakan (di dalam cadangan itu) perlu mengambil tindakan undang-undang.

"Orang ramai boleh menilai tulisan dan ceramah saya. Saya tidak fikir mereka merasakan saya mengeluarkan kenyataan seumpama itu," katanya pada Selasa.

Sementara itu, Fathul Bari berkata, walaupun sekiranya cadangan itu terbukti sahih, tetapi tiada sebab untuk melarang 16 individu berceramah di negeri itu.

"Ia merupakan satu pembohongan besar. Mereka tidak boleh sewenang-wenangnya melabel kami hanya kerana terdapat perbezaan pandangan dalam prinsip Islam," katanya ketika dihubungi.

"Saya baru-baru ini membawa seorang imam Masjid Nabawi untuk menghadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar. Saya tidak fikir saya mempunyai sebarang masalah dengan istana," katanya.

Mufti Johor, Datuk Tahrir Shamsuddin enggan mengulas ketika diminta untuk mengesahkan kesahihan dokumen itu.

"Saya benar-benar minta maaf, saya tidak dapat memberi sebarang komen berhubung perkara ini," katanya.

Tags / Kata Kunci: Asri Zainul Abidin

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan