Khairuddin Mahu SPRM Siasat Salah Laku Peguam Negara

Diterbitkan: Selasa, 2 Februari 2016 12:30 PM

Khairuddin sebaik selesai membuat laporan terhadap Peguam Negara di SPRM, Putrajaya, pada Selasa.

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Bekas Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan membuat laporan terhadap Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

"Saya membuat laporan ini supaya SPRM dapat menyiasat sama ada wujud elemen salah laku, penyalahgunaan kuasa atau kecuaian jenayah oleh Peguam Negara ketika membebaskan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkaitan isu dana politik RM2.6 bilion dan SRC International melibatkan peruntukan sebanyak RM42 juta.

"Saya juga meminta SPRM menyiasat elemen rasuah melibatkan Peguam Negara apabila dia dilantik mengisi jawatan itu.

"Dan menyiasat jika jawatan Peguam Negara menjadi habuan supaya kes terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak digugurkan tanpa sebarang pendakwaan," kata Khairuddin di luar ibu pejabat SPRM di sini, Selasa.

Khairuddin berkata, keputusan siasatan itu perlu dibuat Peguam Cara Negara atau suruhanjaya siasatan khas yang dianggotai bekas hakim.

Pada 26 Januari, Khairuddin membuat laporan sama di Balai Polis Dang Wangi juga terhadap Apandi kerana kemungkinan terlibat menyalahgunakan kuasa.

Apandi dilantik sebagai Peguam Negara pada 28 Julai selepas tempoh khidmat Tan Sri Abdul Gani Patail ditamatkan.

Pada 26 Januari juga, Apandi membebaskan Najib daripada sebarang kesalahan melibatkan dua kes yang disiasat SPRM.

Khairuddin dan peguamnya, Matthias Chang berhadap pertuduhan kerana cuba mensabotaj perbankan dan perkhidmatan kewangan negara.

iklan

Video

Selasa, 24 Oktober 2017 4:12 PM

Mujur Tak Kena Langgar

Selasa, 24 Oktober 2017 2:47 PM

Nampak Mayat Bergelimpangan...

Selasa, 24 Oktober 2017 9:00 AM

Jom Santai Tajul & Ruhainies Gamat!

Selasa, 24 Oktober 2017 8:30 AM

Penangan Ketam Raja

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Kolumnis

iklan

Iklan