Jangan Buat Spekulasi, Provokasi Politik Kedah - Polis

Diterbitkan: Selasa, 2 Februari 2016 8:10 PM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Ketua Polis Kedah Datuk Zamri Yahya meminta orang ramai supaya tidak membuat spekulasi dan provokasi berhubung krisis kedudukan Menteri Besar negeri ini, termasuk menyebarkannya di media sosial.

Beliau berkata mereka juga tidak harus melakukan tindakan yang boleh mencetuskan pergaduhan, perbuatan khianat dan sabotaj dalam krisis politik itu.

Semua pihak termasuk penyokong pemimpin tertentu perlu bertenang bagi memberi peluang kepada kepimpinan parti politik dan pihak berkaitan menyelesaikan krisis yang dihadapi, katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah di sini, Selasa.

Beliau merujuk kepada insiden penemuan paku bertaburan di jalan utama pintu masuk Stadium Darul Aman, di mana Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir hadir menyaksikan perlawanan bola sepak persahabatan pada Isnin malam.

"Setakat ini, tiada tangkapan dibuat dan kita sedang mengesan individu yang melakukan perbuatan itu," kata Zamri.-Bernama

Tags / Kata Kunci: Ketua Polis Kedah , Datuk Zamri Yahya

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan