13 Adun Pembangkang Menghadap Jemaah Pemangku Sultan Kedah

Diterbitkan: Selasa, 2 Februari 2016 7:38 PM

Sebahagian daripada Adun pembangkang Kedah menunggu giliran dipanggil menghadap Jemaah Pemangku Sultan Kedah di Tingkat 6 Wisma Darul Aman pada Selasa. Dari kiri Teoh Boon Kok (DAP/Kota Darulaman), Ooi Tze Min (PKR/Bakar Arang), Azman Nasrudin (PKR/Lunas), Md Zuki Yusof (PAS/Kuala Ketil), Romani Wan Salim (PAS/Bukit Pinang), Mohd Nasir Mustafa (PAS/Kubang Rotan) dan Siti Aishah Ghazali (PAS/Merbau Pulas).

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Seramai 13 daripada 15 Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) pembangkang di negeri ini menghadap Jemaah Pemangku Sultan Kedah pada Selasa berhubung isu kedudukan menteri besar. 

Adun Pengkalan Kundor Datuk Phahrolrazi Zawawi dari Parti Amanah Negara (Amanah) berkata ketua pembangkang dan Adun Anak Bukit Datuk Amiruddin Hamzah (PAS) dan ADUN Bukit Selambau Dr R. Krishnamoorthy (PKR) tidak hadir kerana dipercayai berada di luar negara. 

Adun pembangkang itu terdiri lapan PAS, empat PKR, dua DAP dan satu Amanah.   

Phahrolrazi berkata semua Adun dipanggil seorang demi seorang dan ditanya pendirian masing-masing dalam hal membabitkan kedudukan Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir sebagai menteri besar. 

"Pendirian saya rahsia...itu masing-masing, tak boleh didedahkan. Sebab kita maklumkan secara rahsia kepada Jemaah Pemangku. Perjumpaan sekejap sahaja tak sampai lima minit," kata Phahrolrazi kepada pemberita selepas majlis menghadap itu di Wisma Darul Aman di sini.  

ADUN Kubang Rotan Mohd Nasir Mustafa (PAS) pula berkata kesemua Adun pembangkang telah mempunyai keputusan bersama sebelum ini, tetapi pada majlis hari ini seorang demi seorang mengadap. 

"Masing-masing boleh nyatakan pendirian," katanya. 

Terdahulu kenderaan yang membawa anggota Jemaah Pemangku Sultan Kedah Tunku Tan Sri Puteri Intan Safinaz Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Tan Sri Tunku Abdul Hamid Thani Almarhum Sultan Badlishah tiba di Wisma Darul Aman pada pada 2.55 petang. 

Pengerusi jemaah itu Tan Sri Tunku Sallehuddin Almarhum Sultan Badlishah tiba pada pukul 3 petang. 

Para pemimpin Umno Kedah diketuai Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah secara terbuka menyuarakan hilang keyakinan terhadap kepimpinan Mukhriz sebagai menteri besar dan pengerusi badan perhubungan Umno negeri. 

Semalam 20 daripada 21 Adun Barisan Nasional menghadap Anggota Jemaah Pemangku Sultan Kedah di Wisma Darul Aman. 

Mukhriz dilaporkan tidak terlibat dalam majlis tersebut.  -Bernama

Tags / Kata Kunci: ADUN , Pembangkang

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan