Tarik Balik Kenaikan Mendadak Kadar Levi Pekerja Asing - FMM

Diterbitkan: Isnin, 1 Februari 2016 2:52 PM

Gambar Hiasan

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) menolak langkah kerajaan menaikkan kadar levi pekerja asing daripada RM1,250 kepada RM2,500 setahun dan mahu keputusan itu ditarik balik.

Pertubuhan itu menganggap kadar itu terlalu membebankan terutama ketika sektor pembuatan berhadapan situasi ekonomi mencabar dan peningkatan kos operasi.

Antara cabarannya termasuk kadar gaji minimum yang baharu, kos tenaga yang meningkat, kos bahan mentah dan pendapatan jualan yang menurun disebabkan nilai Ringgit yang lemah.

FMM berkata, kerajaan sepatutnya mendapatkan pandangan penggiat industri dan bekerjasama sebelum menaikkan kadar levi itu.

"Ia sepatutnya dilaksanakan secara berperingkat.

"Keputusan kerajaan secara tiba-tiba untuk menaikkan kadar levi sektor pembuatan tidak dapat diterima kerana ia dibuat tanpa mengambil kira impak terhadap industri dan sosio ekonomi," katanya.

Malahan FMM berkata, sebelum ini kerajaan memaklumkan kepada majikan bahawa tanggungan levi akan dialihkan kepada pihak kerajaan.

"Majikan meminta supaya kadar levi dikekalkan pada tahap sedia ada sehingga keadaan ekonomi semakin pulih. Penambahan kadar sehingga dua kali ganda ada sesuatu yang mengecewakan kerana kerajaan tidak mengambil kira rayuan dan kerjasama majikan," katanya.

Menurut FMM, ia juga akan memberi kesan terhadap kemampanan sektor perniagaan dan pekerjaan termasuk yang melibatkan pekerja tempatan.

"Perubahan terutama yang melibatkan jumlah besar seperti ini tidak sepatutnya dilaksanakan dalam masa singkat," katanya.

Tags / Kata Kunci: FMM , levi , pekerja asing , gaji minimum

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan