Peserta Nigeria Juara Sukan Lasak Pakai Gincu

Diterbitkan: Isnin, 1 Februari 2016 8:55 AM

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Komunikasi dan Multimedia Datuk Nolee Ashilin Mohamed Radzi (kanan) menyampaikan hadiah kepada Njoku Genevive dari Nigeria, pemenang pertama dalam Gua Tempurung Lipstick Challenge 'Extreme Obstacle Run', Ahad.

(Ubah saiz teks)

GOPENG: Perjalanan lebih dua jam dari Kuala Lumpur ke Gua Tempurung membawa tuah kepada peserta Nigeria, Njoku Genevivi Uchechi yang muncul juara edisi pertama Kejohanan 'Gua Tempurung Lipstick Challenge Extreme Obstacle Run' Ahad.

Program anjuran kerajaan negeri menerusi Tourism Perak dengan kerjasama Persatuan Homestay Negeri Perak bertujuan memberi peluang terutamanya kepada wanita Malaysia membabitkan diri dengan sukan lasak pelbagai disiplin bagi menguji ketahanan fizikal dan mental mereka.

Genevivi, 38, yang merupakan penuntut di sebuah institusi pengajian tinggi swasta di Kuala Lumpur itu menamatkan saingan sejauh 13 kilometer dalam masa satu jam 17 minit 24 saat mengatasi 149 peserta tempatan yang lain.

Beliau yang merupakan peserta tunggal dari luar negara mengetepikan cabaran Sin Pei Chan yang menduduki tempat kedua selepas ketinggalan 3 minit 11 saat di belakang Genevivi manakala T. Anuratha di tempat ketiga (1:21.01s).

Ketika ditemui selepas penyampaian hadiah, Genevivi yang datang berseorangan dengan bas dari ibu kota berkata matlamat asal penyertaannya adalah sebagai pemanas badan bagi persediaan mengharungi sesi kelayakan Sukan Olimpik bagi acara maraton di negaranya pada awal Feb ini.

"Saya mengetahui mengenai kejohanan ini menerusi laman sesawang Tourism Malaysia. Jadi, saya memutuskan untuk menyertai larian yang menyeronokkan ini.

"Ia juga adalah sebahagian daripada persiapan untuk mengambil bahagian dalam sesi kelayakan Olimpik di negara saya bulan depan. Saya akan pulang ke Nigeria minggu depan untuk menyertai sesi kelayakan itu," katanya.

Cabaran edisi pertama yang disertai 150 peserta wanita berusia dari 19 hingga 50 tahun, menyaksikan peserta diwajibkan memakai gincu dan mengharungi 10 halangan dalam trek sejauh 13 kilometer di sekitar lokasi produk pelancongan terkenal Gua Tempurung di sini.

Halangan yang perlu dilalui mereka adalah meredah timbunan tayar, berlari atas tayar, merangkak dalam rumah sesat, meredah halangan tali, berlari guna batu bata, berlari atas titi, memanjat dinding, menggelungsur bukit, meredah lumpur dan bergayut.

Hadiah disampaikan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Komunikasi dan Multimedia negeri Datuk Nolee Ashilin Mohd Radzi.

"Sudah pasti acara ini akan diteruskan kerana program ini mampu menarik lebih ramai pelancong dari dalam dan luar negara ke Perak," kata Nolee Ashilin sambil menyasarkan kedatangan lebih lima juta pelancong domestik ke negeri itu pada tahun ini.

Turut hadir, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Tourism Perak, Zuraida Mat Taib dan Pengerusi Persatuan Homestay Negeri Perak Noradidah Mokhtar.--Bernama



Tags / Kata Kunci: Gua Tempurung , gincu , Nigeria

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan