Rajinikanth Kembali Ke Malaysia Sambung Penggambaran

Diterbitkan: Isnin, 1 Februari 2016 8:13 PM

(Ubah saiz teks)

SEPANG: Peminat dan orang ramai dilihat memegang telefon bimbit masing-masing untuk merakamkan gambar ketika bintang filem Tamil Rajinikanth tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 6.15 petang Isnin.

Melemparkan senyuman ceria kepada peminat sebelum dibawa pergi oleh sekumpulan pengawal peribadi, aktor berusia 64 tahun itu kembali ke Malaysia untuk meneruskan penggambaran filem yang ditunggu-tunggu, Kabali, yang menjalani penggambaran di sini.

"Dia akan berada di bandar di sini untuk 16 hari akan datang, tetapi lokasi penggambaran perlu dirahsiakan atas sebab-sebab keselamatan," kata sumber yang enggan namanya disiarkan.

Rajinikanth mula tiba di negara ini untuk memulakan penggambaran Kabali pada 26 Oktober tahun lepas.

Kabali akan menjadi filem ke-159 Rajinikanth dan dia akan berkerjasama dengan bintang lain seperti Radhika Apte, Dhansikaa, Prakash Raj dan Kalaiarasan. Filem ini diarahkan oleh Pa Ranjinth.

Tags / Kata Kunci: Rajinikanth , Kabali

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan