Pertemuan Jemaah Pemangku Sultan Kedah-Adun BN Jadi Perhatian

Diterbitkan: Isnin, 1 Februari 2016 12:57 PM

Wisma Darul Aman bakal jadi perhatian petang ini susulan pertemuan Jemaah Pemangku Sultan Kedah dan wakil rakyat Umno petang Isnin.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Semua pihak tentunya menantikan berita hasil pertemuan antara Jemaah Pemangku Sultan Kedah dan wakil rakyat negeri itu petang ini bagi menentukan kedudukan Datuk Seri Mukhriz Mahathir selaku Menteri Besar.

Pertemuan itu akan diadakan di Wisma Darul Aman pada pukul 2 petang ini, Isnin.

Beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kedah yang dihubungi The Star mengesahkan telah menerima mesej atau dihubungi pegawai dari Wisma Darul Aman berhubung pertemuan itu.

Difahamkan setiap wakil rakyat terlibat akan bertemu jemaah berkenaan seorang demi seorang.

Bagaimanapun Mukhriz telah mengesahkan beliau tidak terlibat dalam pertemuan berkenaan.

Krisis Menteri Besar Kedah semakin panas apabila 14 ketua bahagian Umno dan sayap parti itu yang diketuai Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah mengisytiharkan hilang keyakinan terhadap kepimpinan Mukhriz dan menggesa Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengambil tindakan sewajarnya.

Setakat ini, Ahmad Bashah dikatakan calon yang bakal menggantikan Mukhriz.

Sejak itu, 19 Adun Barisan Nasional telah menandatangani akuan berkanun untuk menyokong perubahan kepimpinan negeri itu.

Rabu lalu, Mukhriz terpaksa membatalkan mesyuarat Exco negeri selepas hanya tiga daripada sembilan ahlinya hadir.

Juga dilaporkan, Perdana Menteri telah mempersembahkan nama calon untuk kerusi Menteri Besar yang baharu kepada Jemaah Pemangu Sultan Kedah minggu lalu.

Pengumuman rasmi berhubung perkara ini dijangka dibuat selepas jemaah berkenaan menemui wakil rakyat terlibat pada Isnin.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan