Mukhriz Menghadap Jemaah Pemangku Sultan Kedah

Diterbitkan: Isnin, 1 Februari 2016 5:25 PM

mukhriz
(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Mahathir tiba di Blok E Wisma Darul Aman pada pukul 4.25 petang pada Isnin untuk menyertai wakil rakyat Barisan Nasional menghadap Jemaah Pemangku Sultan Kedah.

Jemaah berkenaan menemui Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) secara berasingan. Setiap seorang mengambil masa kira-kira 20 minit.

Keseluruhannya tujuh jam diperlukan untuk menamatkan pertemuan yang bermula pukul 3 petang bagi membolehkan wakil rakyat berkenaan mempersembahkan pandangan masing-masing.

Sementara itu, pengumuman mula tersebar kononnya jemaah berkenaan telah memperkenan perlantikan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah sebagai Menteri Besar.

Menurut pengumuman yang belum dipastikan kesahihannya itu, semua wakil rakyat telah menyampaikan hilang kepercayaan terhadap Mukhriz.


iklan

Kolumnis

iklan

Iklan