Jabatan Meteorologi Nafi Negara Bakal Dilanda Suhu Sejuk

Diterbitkan: Isnin, 1 Februari 2016 8:52 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menafikan berita kononnya suhu sejuk mencecah 20 darjah celsius akan melanda negara, terutamanya di Kelantan dan Perak sepanjang bulan ini.

Menurut kenyataan media MetMalaysia pada Isnin, berdasarkan pada suhu minimum dialami negara sepanjang bulan lepas, keadaan suhu sepanjang bulan ini dijangka tidak akan turun ke 20 darjah celsius.

"MetMalaysia menjangkakan keadaan sama akan berlarutan sehingga bulan Jun.

"Sehubungan itu suhu minimum dijangka tidak akan menurun ke 20 darjah celsius sepanjang Februari 2016 seperti yang dilaporkan dalam akhbar," kata  kenyataan itu.

Menurut jabatan itu, suhu Malaysia yang beriklim tropika secara amnya adalah antara 22 darjah celsius sebelah subuh dan 35 darjah celsius pada lewat petang.

"Secara amnya suhu minimum pada bulan lepas (Januari) didapati lebih panas dari biasa antara satu hingga dua darjah celsius.

"Malah, suhu terendah pada bulan lepas adalah lebih tinggi dari rekod suhu terendah jangka panjang bagi bulan itu," menurut kenyataan itu.

Jabatan itu menyatakan peningkatan tersebut selari dengan jangkaan awal kesan fenomena El Nino kuat yang menyebabkan peningkatan suhu antara 1.5 hingga 2.0 darjah celsius.

MetMalaysia sentiasa memantau perkembangan, dan sebarang maklumat terkini boleh diperolehi melalui talian hotline 1-300-22-1638 atau menerusi laman sesawang dan media sosial rasmi.

Sebuah akhbar pada Isnin melaporkan Semenanjung Malaysia terutamanya di Kelantan dan Perak dijangka menikmati cuaca sejuk dan nyaman apabila suhu dijangka turun hingga ke 20 darjah celsius sepanjang Februari.
Tags / Kata Kunci: Jabatan Meteorologi , cuaca sejuk

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan