Kuisas-Yayasan Perak, Kolej Komuniti Meterai MoU

Diterbitkan: Isnin, 1 Februari 2016 4:01 PM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah (Kuisas) memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan Yayasan Perak dan Kolej Komuniti bagi menubuhkan Tabung Kumpulan Khas Amanah Yayasan Perak serta menawarkan modul kemahiran kepada pelajar.

MoU itu ditandatangani oleh Rektor Kuisas, Tan Sri Nordin Kardi, Pengerusi Yayasan Perak, Datuk Mohamad Daud Mohd Yusoff dan Pengerusi Kolej Komuniti Wilayah Perak Zulkifli Kamarudin.

Turut hadir pada majlis itu Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Datuk Dr Muhammad Amin Zakaria.

Nordin berkata perjanjian ini memberi peranan kepada Kuisas untuk mencari dana kepada tabung berkenaan manakala Yayasan Perak sebagai pihak yang akan menguruskan pembiayaan kepada pelajar kolej itu.

"Majlis hari ini juga menyaksikan termeterainya kerjasama strategik antara Kuisas dengan Kolej Komuniti dalam perkongsian ilmu, kemahiran dan pembangunan modul.

"Kerjasama ini membolehkan Kuisas menawarkan modul kemahiran Kolej Komuniti kepada pelajar Kuisas sebagai kursus ko-kurikulum untuk memberi nilai tambah kepada pelajar," katanya ketika berucap pada majlis menandatangani MoU antara Kuisas dengan Yayasan Perak dan Kolej Komuniti.

Sementara itu, Pengurus Besar Yayasan Perak Abdul Razak Mohamed berkata satu akaun amanah Kuisas akan ditempatkan di yayasan itu untuk mengendalikan penerimaan dan pembiayaan bagi perkara yang diluluskan oleh pihak pengurusan Kuisas dan Yayasan Perak.

"Dengan adanya tabung ini, dapat lah Yayasan Perak dan Kuisas mencari dan mengenal pasti anak-anak Perak yang berpotensi untuk melanjutkan pengajian ke universiti terkemuka di dunia.

"Melalui kerjasama ini diharap Yayasan Perak dan Kuisas dapat meningkatkan kualiti pendidikan anak-anak Perak agar menjadi pemimpin yang terkenal di Malaysia dan di Perak amnya," katanya.

Pengarah Bahagian Peperiksaan dan Penilaian Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti, Rosli Idris berkata Kolej Komuniti Wilayah Perak akan mengaplikasikan modul kursus jangka pendek dalam bidang kulinari, servis motosikal dan pemasangan elektrik kepada pelajar Kuisas.

"Kolej Komuniti yang terlibat ialah Kolej Komuniti Sungai Siput bagi bidang pemasangan elektrik dan servis motosikal manakala Kolej Komuniti Chenderoh dalam bidang kulinari dan pemasangan elektrik," katanya.

Beliau berkata inisiatif ini adalah untuk melahirkan pelajar Kuisas yang tidak hanya menguasai pendidikan agama, malah mempunyai kemahiran selepas tamat pengajian.

"Sekiranya mereka tidak bekerja dalam bidang yang dipelajari di Kuisas, mereka boleh menceburi bidang keusahawanan mengikut kursus dipelajari di Kolej Komuniti," katanya.


iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan