Kerajaan Pusat Tetap Utamakan Kepentingan Rakyat - Salleh

Diterbitkan: Isnin, 1 Februari 2016 8:30 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BELUD: Kerajaan Persekutuan akan tetap mengutamakan kepentingan dan kesejahteraan rakyat meskipun negara berdepan dengan keadaan ekonomi yang mencabar ketika ini, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

Beliau berkata, ini terbukti apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membentangkan pengubahsuaian Bajet 2016 yang mengambil kira keluhan rakyat terhadap bebanan kos sara hidup pada masa ini.

"Dalam apa keadaan dan situasi pun, kepentingan rakyat sentiasa diberi keutamaan oleh kerajaan kita. Malahan, inilah yang ditekankan oleh Perdana Menteri ketika membentangkan pengubahsuaian Bajet 2016.

"Saya percaya penerangan yang jelas perlu diberi kepada rakyat, termasuk di kawasan luar bandar, bagi mengelak pemikiran mereka keliru atau dikelirukan, terpesong atau dipesongkan, oleh pihak-pihak yang cuba menanguk di air yang keruh," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis jamuan malam meraikan kunjungan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ke daerah Kota Belud di Kampung Taun Gusi, dekat sini, Ahad malam.

Salleh berkata, kementeriannya sedia bekerjasama dengan semua kementerian, termasuk KKLW untuk memberi penjelasan kepada rakyat di peringkat akar umbi mengenai rasional pengubahsuaian Bajet 2016.

Beliau percaya kementeriannya dan KKLW mempunyai tanggungjawab bersama untuk memberi penerangan kepada rakyat kerana kedua-dua kementerian berkenaan mempunyai jaringan luas di luar bandar.

Beliau juga yakin KKLW mampu membawa perubahan besar kepada pembangunan masyarakat luar bandar menerusi program transformasi 'Membandarkan Kawasan Luar Bandar' selain usaha berterusan membela kepentingan kaum Bumiputera.-- Bernama 

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Kolumnis

iklan

Iklan