PRN Sarawak: Kenyataan Kontroversi Hadi Tak Jejas Undi PAS - Mustafa

Diterbitkan: Isnin, 1 Februari 2016 3:49 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kenyataan kontroversi Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkaitan Mubaligh Kristian tidak akan memberi kesan terhadap peluang parti itu untuk mendapat undi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak.

Malahan, parti Islam itu yakin dapat memenangi sekurang-kurangnya satu daripada 11 kerusi yang bakal ditandingi.

"Kami tahu isu ini akan digembar gemburkan menjelang kempen pilihan raya negeri itu nanti walaupun sebenarnya ia bukannya satu isu," kata Datuk Mustafa Ali pada Isnin.

Pengarah Pilihan Raya PAS itu berkata, walaupun parti itu mungkin tidak akan memenangi semua kerusi yang ditandingi, ia yakin dapat menguasai sekurang-kurangnya satu kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

"Kami mungkin akan menang satu atau dua kerusi, ia bakal menjadi 'anak' pertama kami tapi siapa tahun mungkin kami dapat 'kembar'," katanya berseloroh.

Kepimpinan Hadi menimbulkan kemarahan pemimpin Sarawak selepas mendakwa jentera Kristian menyebarkan propaganda agama itu secara tidak beretika.

Kenyataan itu turut mendapat maklum balas beberapa menteri Sarawak yang menyarankan supaya melarang Hadi memasuki negeri berkenaan.

Bagaimanapun, Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Hadi hanya mengeluarkan kenyataan tanpa merujuk kepada mana-mana pihak.




Tags / Kata Kunci: Abdul Hadi Awang , Sarawak , Mustafa Ali , PAS

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan