Melaka Cadang Wujud Enakmen Khas Untuk Individu Mengaku Sultan, Waris Sultan

Diterbitkan: Isnin, 1 Februari 2016 9:04 PM

Datuk Seri Idris Haron

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Kerajaan negeri Melaka bercadang mewujudkan enakmen khas bagi membolehkan tindakan keras termasuk penjara dan denda diambil terhadap individu yang mengakui sebagai Sultan Melaka dan waris Sultan Melaka.

Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron berkata kerajaan negeri akan berbincang secara terperinci bagaimana untuk memperkenalkan enakmen khas itu pada persidangan dewan undangan negeri akan datang.

"Saya kira enakmen itu nanti akan melindungi pihak kerajaan dan ia boleh diaplikasikan bagi mengambil tindakan dan mengenakan hukuman yang lebih keras kepada mereka yang menuntut sebagai Sultan Melaka dan waris atau segala hal berkaitan dengannya.

"Sebelum ini kita telah adakan perbincangan berkenaan isu ini dan kita akan meneruskan perbincangan untuk mendapatkan fakta-fakta dari pakar sejarah.

"Usul ini akan dibawa oleh Timbalan Exco Pembangunan Belia dan Warisan Negeri Datuk Norpipah Abdol," katanya.

Idris bercakap kepada pemberita selepas merasmikan penutupan Forum Khas Isu Sultan Melaka dan Bonda Ratu di Auditorium Perbadanan Muzium Negeri Melaka (Perzim) di sini, hari ini.

Forum tersebut dianjurkan kerajaan negeri Melaka, Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme Malaysia (Iksep), Perbadanan Muzium Melaka (Perzim), Institut Seni Malaysia Melaka (Ismma) dan Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM).

Idris berkata kerajaan negeri menerima baik resolusi forum tersebut.

Antara intipati resolusi adalah Kesultanan Melayu Melaka telah berakhir atau tamat pada 24 Ogos 1511, setelah dijajah oleh Portugis dan kemangkatan Sultan Mahmud Shah di Kampar, Riau, pada 1528.

Resolusi itu turut menyokong penuh kerajaan negeri untuk mewujudkan enakmen khas bagi menangani isu individu yang mengakui sebagai Sultan Melaka dan waris Sultan Melaka.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan