Tiga Insentif Untuk Rancak Industri Pelancongan Negara - Ahmad Zahid

Diterbitkan: Isnin, 1 Februari 2016 9:01 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan mencadangkan tiga bentuk insentif kepada Kabinet bagi menggalak syarikat dan agensi pelancongan membawa lebih banyak pelancong luar ke negara ini.

Beliau berkata cadangan insentif pertama ialah mana-mana pegawai syarikat yang membawa pelancong dari luar negara diberikan elaun khas apabila mengadakan program promosi bersama Tourism Malaysia di luar negara.

Katanya insentif kedua ialah pengurangan cukai korporat kepada syarikat dan agensi pelancongan yang dapat menarik kedatangan pelancong asing.

Insentif ketiga ialah peruntukan khas untuk syarikat dan agensi pelancongan menampung kos bahan cetak dan pengiklanan untuk tujuan promosi, katanya semasa merasmikan majlis penutupan Pesta Pelancongan 2016 anjuran Persatuan Pelancong Dalam Negeri Malaysia (MITA) din sini, hari ini.

Katanya, beliau sendiri akan membentangkan cadangan pemberian insentif itu kepada Kabinet dan berharap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memberikan kelulusan.

Terdahulu Ahmad Zahid menjelaskan, pelancongan adalah sektor penting dalam menyumbang kepada pendapatan negara serta merupakan kaedah segera dalam memulihkan ekonomi negara.

Menyedari hakikat ini, katanya kerajaan sentiasa mencari jalan untuk memudahkan kedatangan pelancong termasuk pengecualian visa untuk pelancong China seperti yang diumumkan Perdana Menteri dalam pengubahsuaian Bajet 2016 yang diumumkan baru-baru ini.

Ahmad Zahid, yang juga Menteri Dalam Negeri, berkata beliau akan ke negara 'Tembok Besar' esok untuk menyatakan kepada pemimpin negara itu mengenai pendirian terbaru Malaysia itu.

"Beberapa kaedah yang digunakan oleh pihak berwajib di sana (China) akan kita permudahkan," katanya.

Katanya, dengan langkah ini kerajaan menyasarkan kedatangan lapan juta pelancong China dengan perbelanjaan secara purata RM3,345 seorang di mana negara dijangka menjana pendapatan sebanyak RM22.11 bilion setiap tahun.

Sebanyak 150 pemain industri pelancongan menyertai pameran tiga hari itu.--Bernama


iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan