BR1M Diagih Secara Berperingkat

Diterbitkan: Isnin, 1 Februari 2016 8:36 AM

(Ubah saiz teks)

SEGAMAT: Seramai 5.2 juta rakyat Malaysia akan menerima BR1M secara berperingkat, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Chua Tee Yong.

Beliau berkata demikian sebagai maklum balas kepada aduan bahawa ramai pemohon masih belum menerima dana itu selepas ia mula dibayar Khamis lalu.

"Selain pemohon yang layak, 5.015 juta telah meneruma BR1M menerusi akaun masing-masing," katanya selepas merasmikan bangunan baharu Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK) Cina Karas di sini, Ahad.

Beliau berkata, pihak bank perlukan masa untuk mengesahkan nama dan nombor akaun setiap pemerima.

"Sejumlah RM5.9 bilion akan disampaikan kepada yang layak dan ia perlu dilakukan dengan teliti," katanya.

Beliau juga menolak dakwan bahawa kelewatan bayaran BR1M itu disebabkan kedudukan kewangan negara yang tidak stabil.

"Ia tidak bermakna kerajaan berhadapan masalah kewangan," katanya sambil menambah agihan bayaran itu adalah yang terawal dilaksanakan setakat ini.

Tags / Kata Kunci: BR1M , Chua Tee Yong

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan