Belum Ada Keputusan Gugur Kursus Tajaan Mara - Ismail Sabri

Diterbitkan: Ahad, 31 Januari 2016 8:51 PM

(Ubah saiz teks)

KOTA MARUDU: Majlis Amanah Rakyat (Mara) masih belum memutuskan secara terperinci kursus pengajian yang akan 'digugurkan' daripada mendapat tajaan dalam penghantaran pelajar ke universiti di luar negara.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kementerian dan Mara masih berbincang dan meneliti perkara itu termasuk pendekatan pengajian berkembar dengan universiti luar negara bagi pelajar tajaan MARA.

"Kita belum ada keputusan khusus (bidang pengajian yang akan dikurangkan). Bagaimanapun di peringkat awal, mungkin kita buat program berkembar iaitu dua tahun di luar negara dan dua tahun dalam negara," katanya kepada pemberita selepas menghadiri program Pemimpin Bersama Rakyat di Rumah Panjang KampungTinangol pada Ahad.

Turut hadir Timbalannya Datuk Alexander Nanta Linggi dan Ketua UMNO Bahagian Kota Marudu, Datuk Wetrom @ Mohd Fikri Bahanda.

Pada Sabtu, Ismail Sabri berkata MARA akan mengkaji semula dasar penghantaran pelajar tajaannya ke luar negara bagi menyelaraskannya dengan hasrat kerajaan menjadikan Malaysia sebagai hab pendidikan di rantau ini.

Katanya menerusi dasar baharu itu nanti, hanya sebahagian pelajar terpilih sahaja akan dihantar belajar ke luar negara manakala selebihnya akan ditempatkan di universiti di negara ini.

Tags / Kata Kunci: Mara , Gugur Kursus , Ismail Sabri

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan