Najib Tinjau Projek Pembinaan Jambatan Batang Sadong

Diterbitkan: Ahad, 31 Januari 2016 10:52 AM

Najib (dua, kiri) mendengar penerangan mengenai Projek Jambatan Batang Sadong.

(Ubah saiz teks)

SADONG JAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Ahad meneruskan lawatan kerja di Sarawak dengan meluangkan masa meninjau perkembangan projek Jambatan Batang Sadong.

Beliau yang diiringi Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Alfred Jabu Numpang diberi penerangan berhubung status terkini pembinaan jambatan bernilai RM211 juta itu.

Najib diberikan taklimat mengenai projek jambatan yang kini siap lebih 91 peratus itu oleh Pengurus Wilayah bagi Pejabat Wilayah Selatan Jabatan Kerja Raya Sarawak Vincent Tang Chok Khing.

Turut hadir Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid, Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga anggota Parlimen Batang Sadong Nancy Shukri; Menteri Pembangunan Tanah Sarawak, Tan Sri James Jemut Masing, anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Sadong Jaya, Aidel Lariwoo dan Adun Sebuyau, Datuk Julaihi Narawi.

Selain memendekkan tempoh perjalanan untuk penduduk sekitar ke bandar raya Kuching, pembinaan jambatan itu juga akan memudahkan penduduk membawa hasil pertanian untuk dipasarkan di Kuching.

Jambatan sepanjang 1.48 kilometer yang merentasi Sungai Batang Sadong itu merupakan jambatan terpanjang di negeri ini memulakan pembinaan pada Julai 2012.

Jambatan berkenaan dijangka siap pada 31 Ogos ini.

Untuk rekod, peruntukan pembinaan jambatan ini diluluskan Najib semasa tempoh kempen Pilihan Raya Negeri 2011.

Najib kemudiannya ke Kuching sebelum berlepas ke Bintulu bagi menghadiri Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Dewan Suarah Bintulu.

Tags / Kata Kunci: Najib Tun Razak

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan