Lebih 100 Ekor Kucing Tawan Menara Kuala Lumpur

Diterbitkan: Ahad, 31 Januari 2016 9:04 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Lebih 100 kucing 'menawan'puncakMenara Kuala Lumpur dan turut memperagakan fesyen mereka di mercu tanda Kuala Lumpur itu pada Ahad.

Presiden Kelab Kucing Malaysia (KKM), Khalid Rashid berkata pertandingan 'KL Tower Cat Show' dan pertunjukan fesyen kucing bertemakan 'An Evening in KL Tower' pertama kali di adakan di Menara Kuala Lumpur yang berlangsung selama dua bermula hari ini.

"Selain mahu memberi kelainan  daripada pertunjukan sebelum ini, lokasi ini juga dilihat mampu menggalakkan lebih ramai pelancong datang, dan ia juga diadakan bersempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan pada Isnin," katanya kepada pemberita di sini.

Selain itu, kategori Kucing Baka Parsi Terbaik dan pertandingan menghias sangkar kucing turut diadakan.

Seorang pemilik kucing, Nurlyana Abdullah, 30, berkata dia amat terujadengan pertandingan kali ini yang dilihat satu pengalaman menarik, terutamanya melibatkan lokasi pertandingan itu.

"Kalau bukan kerana pertunjukan ini, tak mungkin dua ekor kucing  kesayangan saya dapat ke menara setinggi 421 meter ini.

"Kebiasaannya pertandingan sebegini akan diadakan di pusat membeli-belah atau pusat konvensyen tetapi kali ini ia diadakan Menara Kuala Lumpur, selain menarik kehadiran pencinta kucing, pengunjung dapat menikmati pemandangan ibu kota," katanya.

Tags / Kata Kunci: Kelab Kucing Malaysia

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan