Hanya SPR Boleh Tetapkan Tarikh Mengundi

Diterbitkan: Ahad, 31 Januari 2016 8:20 AM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Tidak sampai 12 jam selepas Ketua Menteri membuat 'pendedahan' berhubung tarikh penamaan calon dan pengundian bagi pilihan raya negeri, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyatakan dengan jelas bahawa ia adalah bidang kuasa badan itu.

Pengarah SPR Sarawak, Datuk Takun Sunggah mengesahkan kepada The Star bahawa Tan Sri Adenan Satem telah mencadangkan dua tarikh berkenaan tetapi beliau menekankan bahawa tanggungjawab untuk menentukan bila pilihan raya akan diadakan merupakan hak mutlak SPR.

"Beliau hanya mencadangkan tarikh tersebut. Beliau boleh menasihati TYT (Gabenor Sarawak) mengenai pembubaran Dewan Undangan Negeri.

"Kemudian, di bawah Perlembagaan Persekutuan, SPR mempunyai 60 hari untuk menjalankan pilihan raya," kata Takun pada Sabtu.

Beliau juga menegaskan bahawa SPR tidak mengadakan mesyuarat dengan Adenan.

"Tan Sri Adenan bertemu saya sebagai pengarah SPR negeri dan bukannya SPR. Mesyuarat itu adalah dengan saya sahaja.

"SPR belum menemuinya berkaitan pilihan raya," katanya.

Tambah Takun pertemuan berkenaan berlangsung pada pertengahan bulan lalu selepas Parlimen meluluskan pewartaan persempadanan semula kawasan pilihan di negeri ini pada 2 Disember.

Diminta mengulas mengenai pengumuman Adenan, Takun berkata: "Ia adalah cara beliau melakukan sesuatu.

"Tetapi bagi kami, pengumuman rasmi hanya akan datang daripada SPR."

Pada Jumaat malam, ketika majlis pelancaran seminar pilihan raya kecil kawasan Satok, Adenan membuat kejutan apabila mengumumkan 18 April sebagai hari penamaan calon dan 30 April sebagai hari mengundi bagi PRN Sarawak.

Katanya, beliau telah mencadangkan tarikh-tarikh tersebut semasa mesyuarat dengan SPR.

Tags / Kata Kunci: SPR , Adenan Satem

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan