Timbang Segala Aspek Sebelum Haram Vape Di Sabah - Pengusaha

Diterbitkan: Sabtu, 30 Januari 2016 11:30 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Peniaga vape di Sabah memohon kerajaan membuat pertimbangan secara mendalam dengan mengambil kira pelbagai aspek sebelum bertindak mengharamkan penjualan dan penggunaan vape di Sabah.

Jurucakap peniaga vape Sabah Shah Fareed berkata pengharaman vape secara melulu di negeri ini bukan sahaja akan menjejaskan perniaga yang kebanyakannya terdiri daripada bumiputera berumur 40 tahun ke bawah, tetapi dikhuatiri akan membawa vape ke pasaran gelap.

Menurut Shah, peniaga vape telah melaburkan sejumlah wang yang besar termasuk membuat pinjaman bank, malah sanggup menjual tanah untuk dijadikan modal semata-mata bagi melibatkan diri dalam perniagaan berkenaan.

"Kami mencadangkan supaya kerajaan menubuhkan satu panel khas melibatkan wakil kerajaan dan pihak luar untuk menyediakan garis panduan mengenai penjualan dan penggunaan vape. Kami tidak ada masalah untuk patuhi garis panduan yang disediakan kerajaan," katanya.

Shah berkata demikian dalam sidang media yang turut dihadiri lebih 50 pengusaha vape di Sabah di sini, malam tadi.

Dianggarkan terdapat kira-kira 80 pengusaha vape di Sabah.
Pada 21 Jan lalu, Jawatankuasa Fatwa Negeri Sabah memutuskan penggunaan shisha dan rokok elektronik ataupun vape dalam kalangan umat Islam di negeri ini adalah haram, berikutan sifatnya yang memudaratkan kesihatan.

Mufti negeri Datuk Bungsu Aziz Jaafar berkata perkara itu diputuskan berdasarkan hujah dan pandangan anggota muzakarah pada muzakarah khas jawatankuasa majlis fatwa negeri mengenai penggunaan bahan tersebut.
Tags / Kata Kunci: pengharaman vape , shisha , Shah Fareed

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan