Mara Kaji Semula Dasar Penghantaran Pelajar Ke Luar Negara

Diterbitkan: Sabtu, 30 Januari 2016 6:01 PM

Ismail Sabri Yaakob.

(Ubah saiz teks)

BERA: Majlis Amanah Rakyat (Mara) akan mengkaji semula dasar penghantaran pelajar tajaannya ke luar negara bagi menyelaraskannya dengan hasrat kerajaan menjadikan Malaysia sebagai hab pendidikan di rantau ini. 

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, menerusi dasar baharu itu nanti, hanya sebahagian pelajar terpilih sahaja akan dihantar belajar ke luar negara manakala selebihnya akan ditempatkan di universiti di negara ini.

"Kerajaan menggalakkan universiti tempatan mengambil pelajar luar negara seperti dari Indonesia, China, India serta Afrika tetapi pada masa sama, kita pula yang hantar pelajar negara ini ke luar negara.

"Sepatutnya kita yang menggalakkan pelajar meneruskan pengajian di universiti tempatan memandangkan keupayaan tenaga pengajarnya setanding dengan universiti luar negara," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) kali ketujuh Sekolah Kebangsaan Kerayong Jaya, dekat sini, Sabtu.

Menurut Ismail Sabri, setiap tahun Mara menghantar lebih 1,000 pelajar tajannya ke luar negara seperti United Kingdom, Amerika Syarikat, Korea Selatan, Jepun, dan Australia.

Sementara itu, katanya langkah menambah peruntukan pembiayaan pendidikan sebanyak RM300 juta dalam pengubahsuian Bajet 2016 Khamis lepas, jelas menunjukkan kerajaan sentiasa mementingkan pendidikan walaupun dalam keadaan ekonomi semasa tidak menentu.

"Usaha yang dilakukan ini membuktikan kerajaan berkeupayaan dan bersungguh untuk memperkasakan negara sebagai hab pendidikan di rantau ini," katanya.

Anggota Parlimen Bera itu berkata, pada masa sama Mara merancang membina lima lagi Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) tahun ini iaitu di Ketereh, Kelantan; Bagan Datok, Perak; Sik, Kedah; Bera, Pahang dan Tanah Merah, Kelantan. 

Katanya, pembinaan itu bagi menampung permintaan ibu bapa yang meningkat setiap tahun untuk menghantar anak mereka belajar di institusi pendidikan berkenaan.

Setakat ini, katanya terdapat 50 MRSM di seluruh negara yang memberi peluang kepada pembelajaran yang lebih baik kepada bumiputera khususnya pelajar luar bandar. - Bernama

Tags / Kata Kunci: Mara

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan