Krisis MB Kedah Kian Berakhir

Diterbitkan: Sabtu, 30 Januari 2016 8:14 AM

Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah dijangka akan mengambil alih jawatan Menteri Besar Kedah daripada Datuk Seri Muhkriz Tun Mahathir tidak lama lagi.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Datuk Seri Najib Tun Razak telah membayangkan bahawa krisis politik dalam isu Menteri Besar Kedah hampir menemui jalan penyelesaian selepas beliau mengadap Jemaah Pemangku Sultan Kedah.

Perdana Menteri berkata beliau telah mengemukakan cadangan Umno, dan pengumuman rasmi berhubung isu Menteri Besar akan dibuat dalam masa terdekat.


Selebihnya, Najib yang juga Presiden Umno ketika bercakap kepada media selepas mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno petang Jumaat, tidak berkongsi sebarang maklumat lanjut mengenai perkara itu.

Tetapi sumber dalaman parti berkata, beliau memberi jaminan dalam mesyuarat tertutup bahawa 'semuanya akan selesai'.

Sumber dalaman itu berkata beliau telah memberitahu ahli-ahli MT bahawa hanya tinggal beberapa perkara untuk dilakukan dan penyelesaian akan dicapai 'tidak lama lagi'.


Difahamkan bahawa pertemuan Najib dengan Jemaah Pemangku Sultan Kedah awal hari Jumaat berjalan lancar dan hanya satu nama telah dibentangkan.

Nama yang dicadangkan itu dipercayai Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah, yang juga senator dan Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

Difahamkan, jemaah itu juga telah meminta surat rasmi mengenai status Datuk Seri Mukhriz Mahathir dalam Umno.

Turut difahamkan, Mukhriz telah dipanggil untuk mengadap Jemaah Pemangku Sultan Kedah pada pukul 4 petang Jumaat tetapi pembantunya berkata beliau berada di kediamannya di Bukit Tunku.

Penyelesaian akhir terhadap krisis ini kelihatan rumit apabila Mukhriz masih berdegil dan enggan berundur.

Beliau telah menimbulkan kekecohan di Pusat Dagangan Dunia Putra apabila hadir dan cuba untuk masuk ke mesyuarat MT.

Beliau tiba kira-kira jam 3 petang dan menuju ke bilik mesyuarat di mana beliau pada mulanya mengambil tempat duduk tetapi akhirnya meninggalkan mesyuarat.

"Mereka kata sesiapa yang hadir tetapi tidak dijemput perlu keluar, tetapi ia ditujukan kepada saya," katanya kepada pemberita.

Mukhriz bukanlah seorang ahli Majlis Tertinggi yang dipilih atau dilantik dan beliau hanya boleh hadir jika terdapat jemputan rasmi.

Ketika ditemui selepas solat Jumaat di Masjid Negara, beliau berkata tidak menerima apa-apa maklumat bahawa penggantinya akan mengangkat sumpah minggu depan.

"Saya tak boleh komen. Sumber anda ragu-ragu," katanya.

Orang-orangnya masih menggerakkan penyokong di Kedah untuk mengadakan demonstrasi menuntut supaya beliau kekal. Terdapat bantahan daripada kira-kira 20 orang penyokongnya pada Jumaat di hadapan pusat khidmat Adun Bakar Bata, di Alor Setar.


Mereka datang dengan sepanduk panjang mengisytiharkan sokongan untuk Mukhriz dan menyatakan bantahan terhadap Ahmad Bashah tetapi bantahan itu hanya bertahan selama kira-kira 15 minit.

Sumber di Kedah berkata, Najib telah menawarkan Mukhriz langkah perdamaian dalam bentuk jawatan lain apabila mereka bertemu di Langkawi hujung minggu lalu.

Perdana Menteri telah menjelaskan kepada Mukhriz bahawa  sukar untuk beliau meneruskan tugas sebagai Menteri Besar jika parti itu tidak menyokong beliau. Tetapi Mukhriz dikatakan telah menolaknya.

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan