Caruman KWSP: Pekerja Digesa Tidak Pilih 'Potong Tiga Peratus'

Diterbitkan: Sabtu, 30 Januari 2016 9:09 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Persekutuan Majikan Malaysia menasihatkan pekerja supaya tidak memilih pengurangan tiga peratus caruman dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja kerana ia boleh menjejaskan simpanan persaraan mereka.

Pengarah Eksekutifnya Datuk Shamsuddin Bardan berkata, walaupun wang tambahan mungkin sangat berguna untuk sesetengah isi rumah, caruman KWSP yang lebih rendah akan menghakis kira-kira 70 peratus simpanan persaraan pencarum.

Beliau berkata pekerja sektor swasta menyumbang kira-kira RM18 bilion setahun kepada KWSP dan pengurangan itu diterjemahkan kepada RM540 juta di tangan pekerja.

"Tetapi wang tambahan itu hanya akan menjadi satu jumlah yang kecil untuk penyumbang dari golongan berpendapatan rendah atau orang yang berpendapatan kurang dari RM5,000 sebulan.

"Jika tiada ada sebab untuk mengambil wang tambahan, nasihat saya, mereka perlu memilih mengekalkan caruman mereka," katanya kepada The Star, Jumaat.

Setiausaha Agung Cuepacs Datuk Lok Yim Pheng berkata pekerja perlu membuat pertimbangan terhadap pilihan mereka dengan teliti.

"Jika mereka mampu hidup tanpa wang tambahan, mereka perlu memilih untuk tidak mengurangkan caruman KWSP mereka.

"Mereka hanya boleh melakukannya jika mereka benar-benar memerlukan wang untuk mengimbangi kos hidup yang lebih tinggi," katanya.

Yim Pheng berkata wang tambahan mungkin berguna untuk pendidikan anak-anak atau untuk mendapatkan pinjaman perumahan atau kenderaan.

Setiausaha Agung Fomca, Datuk Paul Selvaraj berkata KWSP merupakan satu-satunya bentuk simpanan paksaan untuk pekerja.

"Alasan mengapa caruman KWSP adalah mandatori adalah untuk memastikan bahawa kita mempunyai simpanan persaraan.

"Pekerja perlu berfikir dengan teliti jika mereka ingin mengurangkan caruman mereka," katanya.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan