Gagal Bayar Amaun GST Akan Dikenakan Penalti - KP Kastam

Diterbitkan: Sabtu, 30 Januari 2016 2:37 PM

Khazali Ahmad

Datuk Seri Khazali Ahmad

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Kegagalan membayar amaun Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang kena dibayar pada 31 Januari ini akan dikenakan penalti antara lima hingga 25 peratus ke atas amaun asal cukai.

Ketua Pengarah Kastam Malaysia Datuk Seri Khazali Ahmad berkata perkara ini adalah selaras dengan pindaan yang dibuat kepada Seksyen 41 Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014, berkuat kuasa pada 1 Januari lalu.

Katanya, pengenaan penalti akan bermula bagi tempoh bercukai yang mana bayaran cukai genap masa dan kena dibayar dalam tempoh yang ditetapkan.

"Kadar pengiraan penalti adalah berdasarkan bilangan hari GST tidak dibayar.Bagi tempoh 1 hingga 30 hari, kadar penalti ke atas amaun asal cukai dikenakan adalah lima peratus; tempoh 1 hingga 60 hari (kadar penalti 15 peratus) dan tempoh 1 hingga 90 hari (kadar penalti 25 peratus).

"Bagi mereka yang gagal membayar amaun GST melebihi tempoh 90 hari, juga akan dikenakan kadar penalti maksimum 25 peratus," katanya dalam kenyataan di sini Sabtu.

Khazali berkata kadar penalti akan dikenakan ke atas amaun asal cukai yang genap masa dan kena dibayar serta akan bermula selepas tarikh akhir cukai kena bayar.

Tags / Kata Kunci: GST , amaun GST , penalti , Datuk Seri Khazali Ahmad

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Kolumnis

iklan

Iklan