Serpihan Pesawat Ditemui Di Besut Bukan Milik MH370 - Liow - Berita Semasa | mStar

Serpihan Pesawat Ditemui Di Besut Bukan Milik MH370 - Liow

Diterbitkan: Jumaat, 29 Januari 2016 8:39 PM

Liow Tiong Lai.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Serpihan pesawat yang ditemui di tepi pantai Beting Lintang, berhampiran Kampung Raja, Besut, bukan milik MH370, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Liow berkata penilaian terhadap serpihan yang ditemui itu tidak sepadan dengan pesawat jenis Boeing 777, sekali gus mengesahkan ia bukan milik pesawat MH370.

Penilaian itu dilakukan sebuah pasukan yang terdiri daripada kakitangan Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Kementerian Pengangkutan dan Malaysia Airlines (MAS).

Objek tersebut yang berukuran kira-kira dua meter panjang dan satu lagi kira-kira 0.5 meter panjang ditemui pada jarak 500 meter antara satu sama lain pada Khamis.

Liow berterima kasih kepada pihak berkuasa yang berkaitan bagi memudahkan proses pengecaman tersebut.

"Kami tetap komited untuk meneruskan pencarian MH370 dan akan terus memaklumkan perkembangan terkini mengenainya kepada ahli keluarga dan orang ramai," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Beberapa minggu lalu, kepingan logam turut ditemui terdampar di wilayah Nakhon Si Thammarat di luar pantai selatan Thailand.

Namun serpihan tersebut turut disahkan bukan milik MH370.


Tags / Kata Kunci: MH370 , Liow Tiong Lai , MAS
   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan