Abot Dan Rampai 'Umpan' Pindah Gajah Liar

Diterbitkan: Jumaat, 29 Januari 2016 7:30 AM

Beberapa anggota Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) bertungkus lumus memujuk gajah jantan liar (kiri) supaya masuk ke dalam lori agar dapat dihantar ke tempat habitat asalnya di Kampung Luat, Khamis. Dua ekor gajah jantan berumur antara 15 hingga 20 tahun ditangkap setelah didapati berkeliaran sekitar kawasan hutan berkenaan sejak seminggu lepas. Kedua-dua binatang itu akan dipindahkan ke Hutan Simpan Belum, Gerik. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

LENGGONG: Abot dan Rambai terpaksa dijadikan 'umpan' bagi menjinakkan dua ekor gajah liar di Hutan Simpan Piah di sini untuk dihantar ke Hutan Simpan Belum di Gerik.

Khidmat dua gajah denak tempatan itu digunakan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak bagi menangkap dua gajar liar yang memusnahkan tanaman penduduk tempatan.

Pengarah Perhilitan negeri Rozidan Md Yasin berkata kedua-dua gajah jantan liar berumur antara 15 dan 20 tahun itu ditangkap oleh Unit Gajah Perhilitan Perak setelah didapati berkeliaran sejak seminggu lalu.

"Kedua-dua ekor gajah berkenaan memusnahkan tanaman kelapa sawit dan getah milik penduduk sejak kebelakangan ini.

"Bagaimanapun, operasi hari ini kita hanya memindahkan seekor gajah sahaja manakala seekor lagi akan dipindahkan Sabtu ini," katanya kepada pemberita selepas operasi berkenaan di sini Khamis.

Menurut Rozidan operasi pemindahan gajah selama tiga jam itu membabitkan 22 petugas Perhilitan Perak dan dibantu lapan petugas Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (PKGK) Kuala Gandah, Pahang.

Beliau berkata sehingga kini terdapat kira-kira 12 ekor gajah liar masih berkeliaran di sekitar kawasan Hutan Simpan Piah.

Sementara itu Ketua Kampung Luat, Ahmad Bakri Ariffin, 52, berkata beliau pernah menerima aduan daripada penduduk kampung yang ternampak kelibat gajah liar berkeliaran di sekitar kawasan ladang.

"Ada penduduk terserempak dalam kebun menyebabkan mereka tidak dapat bekerja selama beberapa hari kerana ketakutan.

"Kami berharap Perhilitan Perak sentiasa melakukan pemantauan agar masalah gajah liar menganggu tanaman kelapa sawit dan getah tidak berlaku lagi," katanya.

Tags / Kata Kunci: umpan , gajah liar , Perhilitan

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan