Pelajar Patah Kaki Dihempap Konkrit

Diterbitkan: Jumaat, 29 Januari 2016 5:17 PM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Seorang pelajar tingkatan dua SMK Beaufort 1 di sini cedera selepas sebahagian struktur dinding konkrit yang tidak digunakan runtuh lalu menghempap kaki kanannya pada Jumaat.

Pelajar lelaki itu dipercayai sedang berjalan dekat sebuah pondok yang telah dikosongkan apabila dinding konkrit sepanjang 1.2 meter panjang menghempapnya kira-kira pukul 8.10 pagi.

Struktur pondok lama sekolah tersebut sudah lama tidak digunakan.

Ketua Polis Daerah Beaufort, Deputi Superintendan Azmir Abd Razak mengesahkan insiden tersebut.

Pelajar itu dipercayai patah kaki kanan akibat dihempap dinding konkrit tersebut.

Pengarah Pendidikan Sabah Datuk Jame Alip berkata, mereka akan mengeluarkan kenyataan berhubung insiden itu dengan segera.




Tags / Kata Kunci: pelajar , cedera

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan