'Mustahil' Keputusan Peguam Negara Dapat Ditukar, Lapor The Guardian

Diterbitkan: Jumaat, 29 Januari 2016 11:42 AM

Tan Sri Mohamed Apandi Ali

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Mengikut perlembagaan adalah 'mustahil' untuk menukar keputusan yang telah menetapkan bahawa Perdana Menteri tidak terlibat dengan rasuah, menurut The Guardian.

Penerbitan British itu melaporkan pada Khamis, memetik sumber yang rapat dengan Jabatan Perdana Menteri sebagai berkata bahawa mengikut undang-undang, adalah mustahil keputusan Peguam Negara itu untuk dibatalkan.


"Mahkamah tertinggi di Malaysia juga tidak boleh. Perlembagaan perlu ditukar dan itu tidak akan berlaku," kata sumber itu yang tidak mahu dikenali kerana beliau tidak dibenarkan untuk bercakap secara terbuka kepada media.

Pada Selasa, Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali membebaskan Datuk Seri Najib Tun Razak daripada sebarang salah laku dalam penyiasatan SRC International Sdn Bhd dan derma politik RM2.6 bilion.

Apandi juga telah mengarahkan SPRM untuk menutup fail dan menghentikan siasatan.

Pada Khamis, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata badan itu tidak mempertikaikan atau mencabar keputusan Peguam Negara terhadap kes Perdana Menteri itu.

Ketuanya, Tan Sri Abu Kassim Mohamad berkata rujukan dua kes itu kepada Panel Penilaian Operasi adalah prosedur operasi standard SPRM sebagai sebahagian daripada proses penutupan mana-mana kes.

"Saya ingin menyatakan sekali lagi bahawa SPRM adalah sama sekali tidak mencabar Peguam Negara."

"Untuk penjelasan, kuasa Peguam Negara ke atas semua prosiding jenayah telah diberikan kepadanya di bawah Perkara 145 (3) Perlembagaan Persekutuan.

"Kuasa-kuasa ini adalah mutlak dan tidak boleh dicabar oleh mana-mana pihak berkuasa," katanya dalam satu kenyataan.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan