Mukhriz Tak Tahu Tentang MB Kedah Baharu

Diterbitkan: Jumaat, 29 Januari 2016 3:27 PM

Datuk Seri Mukhriz Mahathir

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata beliau tidak menerima apa-apa berita bahawa seorang menteri besar baharu di Kedah akan mengangkat sumpah minggu depan.

Apabila ditanya oleh pemberita di luar Masjid Negara jika beliau mempunyai sebarang komen mengenai khabar angin bahawa penggantinya akan mengangkat sumpah pada Isnin ini, Menteri Besar Kedah itu berkata, beliau 'tidak menerima maklumat seperti itu'.

"Saya tak boleh komen. Sumber anda adalah ragu-ragu," katanya.

Difahamkan, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah mendapat perkenan daripada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah untuk menukar menteri besar di Kedah ketika mengadap baginda pada Rabu.

Bagaimanapun, Jemaah Pemangku Sultan Kedah dipercayai ragu-ragu dengan calon menteri besar baharu yang dicadangkan Perdana Menteri.

Setelah persetujuan diberikan, majlis angkat sumpah menteri besar baharu dikatakan mungkin berlaku pada Isnin ini.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan