Mukhriz Diminta Tinggalkan Mesyuarat MT Umno

Diterbitkan: Jumaat, 29 Januari 2016 4:28 PM

Mukhriz Mahathir.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Spekulasi penyingkiran Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai Menteri Besar Kedah semakin bertiup kencang apabila beliau diarahkan meninggalkan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno yang sedang berlangsung.

Mukhriz tiba di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) kira-kira pukul 3.05 petang untuk menghadiri mesyuarat tersebut.

Namun beliau diarahkan untuk meninggalkan mesyuarat yang sedang berlangsung tidak lama kemudian.

"Mereka yang hadir tetapi tidak dijemput harus meninggalkan mesyuarat" antara arah yang dikeluarkan semasa mesyuarat tersebut.

Menurut beliau, arahan tersebut dikeluarkan Setiausaha Agung Parti Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

mStar Online difahamkan seseorang menteri besar bukanlah anggota MT Umno tetapi dijemput ke mesyuarat atas kapasiti 'turut hadir'. Bukan anggota penuh MT Umno tidak mempunyai kuasa atau hak untuk mengundi dalam mesyuarat parti.

Tags / Kata Kunci: Mukhriz Mahathir , MT Umno

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan