Mukhriz Telah Diberitahu Supaya Tidak Hadir - Ku Nan

Diterbitkan: Jumaat, 29 Januari 2016 6:39 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir telah dimaklumkan lebih awal bahawa beliau tidak perlu hadir ke Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno pada Jumaat.

Setiausaha Agung parti Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata isu kehadiran Mukhriz pada mesyuarat itu tidak patut timbul kerana beliau sendiri telah menghubungi menteri besar Kedah itu untuk memintanya supaya tidak hadir.

"Sebenarnya tak timbul isu hadir atau tak sebab dia ahli MT 'turut hadir'. Dia bukan ahli MT (dilantik).

"Kalau MT putuskan tak payah datang, tak payah datanglah," katanya pada sidang media selepas mesyuarat MT Umno di sini, Jumaat.

Mesyuarat MT Umno pada Jumaat mengejutkan para wartawan apabila Mukhriz tiba-tiba turun dari Menara Dato' Onn dan kelihatan bergegas pulang.

Beliau memaklumkan dihalau keluar oleh Tengku Adnan.

"Mereka yang 'turut hadir' tidak dijemput hadir, diarah keluar... Ia merujuk kepada saya arahan daripada Setiausaha Agung," katanya di luar bangunan sebelum beredar.

Mukhriz antara yang hadir awal sekitar 3.05 petang dan beredar pada 3.50 petang.


Tags / Kata Kunci: Umno

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan