Kilang Kicap, Asam Jawa Diarah Tutup Kerana Kotor

Diterbitkan: Jumaat, 29 Januari 2016 7:34 PM

Dr Mah bersama dengan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri, Datuk Dr Juita Ghazalie (kanan) memeriksa bekas penyimpanan pes asam jawa di sebuah kilang di Taman Pertama. foto RONNIE CHIN

(Ubah saiz teks)

IPOH: Sebuah kilang memproses kicap dan pes asam jawa diarahkan ditutup selama dua minggu oleh Jabatan Kesihatan negeri kerana gagal mematuhi peraturan kebersihan.

Pasukan yang diketuai Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam, Integrasi Nasional dan Pembangunan Kampung Baharu, Datuk Dr Mah Hang Soon melakukan pemeriksaan mengejut ke dua kilang tersebut yang terletak di Taman Rishah dan Taman Pertama di sini, Jumaat.

Difahamkan najis tikus ditemui di kawasan pemprosesan dan penyimpanan kilang kicap tersebut.

Dr Mah berkata bekas penyimpanan yang digunakan untuk penapaian kicap juga dibiarkan terdedah.

Selain itu, serangga turut dikesan terapung di dalam kicap yang ditinggalkan semasa proses penapaian.

Di kilang memproses pes asam jawa, bekas penyimpanan juga dibiarkan terdedah dan terdapat carikan surat khabar, tali dan plastik di dalam asam jawa yang telah diproses.

Kilang tersebut diarahkan tutup sehingga 12 Februari mengikut Akta Makanan 1983.


Tags / Kata Kunci: kilang kicap , pes asam jawa

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan